Sehari ‘Bermain’ Python

(Malaysian translation by Mohd. Fahmi Basar)

(terjemahan dilakukan oleh Mohd.Fahmi Basar)

Laman ini bertujuan untuk membantu pengguna-pengguna Python baru yang berasa sedikit terpesong daripada landasan. Satu persoalan yang mungkin akan terlintas di fikiran anda ialah : Ok, Sekarang dah pasang Python ... hmm .. kemudian?

Adalah lebih baik sekiranya terdapat satu panduan secara  “visual” untuk membantu mengurangkan masalah yang timbul. Ini adalah laman yang diperlukan. Kita akan meninjau satu sesi bersama IDLE: Persekitaran Pembinaan Yang Diintegrasikan. IDLE telah dicipta untuk menyediakan satu cara yang mudah bagi meneroka bahasa pengaturcaraan Python ini. Semasa sesi ini, saya akan membuat beberapa kesilapan atau ralat, hanya untuk menunjukkan apa yang akan berlaku apabila sesuatu perkara tidak berfungsi dengan betul.

Walau bagaimanapun, ini adalah satu dokumentasi atas talian. Sekiranya anda mempunyai cadangan, atau ingin membuat pembetulan atau pembaharuan, sila hantarkan mel elektronik ke dyoo@hkn.eecs.berkeley.edu. Dan jangan lupa, terdapat banyak lagi sumber rujukan yang bagus di senarai mel Python Tutor: kami merupakan satu organisasi yang saling membantu satu sama lain dalam hal-hal menarik  yang berkaitan dengan Python. Kita semua akan dapat mempelajari sesuatu bersama, oleh itu sertailah kami.

Kemas Kini

 

Ok, katakan kita telah memasang Python. (Sekiranya belum, anda boleh melawat: http://python.org/ dan memindah turun pentafsir Python yang terbaru. Semasa saya menulis panduan ini, saya sedang menggunakan Python 2.1.) Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah untuk melancarkan Python tersebut! Apa yang kita boleh lakukan ialah membuka IDLE, yang boleh diakses melalui ‘Start Menu’di bawah kumpulan program Python yang baharu dicipta.

 


Kita akan dapati satu tetingkap akan muncul:

Ini adalah tetingkap utama untuk IBLE, dan apa yang kita lihat sekarang adalah sesuatu yang dipanggil tetingkap “Interpreter (Pentafsir)”. Pentafsir ini membolehkan kita memasukkan arahan terus ke dalam Python, dan sebaik sahaja kita memasukkan arahan tersebut, Python akan terus melaksanakannya dan memberikan hasil atau keputusannya kepada kita. Kita akan sering menggunakan tetingkap pentafsiran ini ketika kita meneroka Python kerana: kita akan mendapat keputusan ini dengan segera. Kita juga boleh menganggap Python sebagai satu mesin kira yang berkuasa.

Apa kata kita cuba lakukan sesuatu sekarang! Telah menjadi  satu tradisi, kita akan mengarahkan Python untuk menyatakan kata-kata abadi, “Hello World”.

Tanda ‘>>>’ berfungsi sebagai penggalak (prompt) untuk kita: Python akan bersedia untuk membaca sesuatu arahan baru dengan memberikan petanda visual tersebut. Dan kita juga akan perasan apabila kita memasukkan arahan, Python juga akan memberikan kita outputnya dengan segera.

Ok, ini nampak agak mudah. Kita akan cuba beberapa arahan lagi. Sekiranya kita lihat di bawah:

Kita akan melihat keputusan untuk beberapa arahan yang dimasukkan lagi. Anda tidak perlu terlampau risau mengenai cara sesuatu peraturan sebenar mencipta program lagi: ini adalah idea yang kita akan uji dalam Python dengan menaip masuk arahan. Sekiranya ianya tidak berfungsi, kita boleh memperbetulkan kesalahan tersebut dan cuba sekali lagi.

Pada titik ini, anda sudah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk bermain dengan Python! Buka salah satu daripada tutorial yang terdapat di laman Python For Beginners, dan anda boleh mula meneroka dengan pentafsir tersebut. Tiada had masa di sini. *senyum*

Sekarang kita dah sampai agak jauh, kita mungkin akan bertanya: ok, ini adalah bagus, tapi sekiranya kita tutup tetingkap Python tersebut kita perlu bermula dari awal lagi semula, bagaimana kita boleh membuat komputer mengingati apa yang telah kita masukkan?

Penyelesaiannya mungkin agak sukar dinyatakan: kita tidak boleh menyimpan apa yang terdapat pada tetingkap pentafsir secara terus kerana ianya mungkin akan memerlukan arahan kita dan respons daripada sistem. Apa yang kita boleh buat ialah menyediakan satu fail, yang hanya mempunyai arahan kita sahaja dan boleh disimpan sebagai satu dokumen. Apabila kita ingin untuk mendapatkannya, kita boleh membukanya dan mengarahkan Python untuk ‘melancarkannya’, mengurangkan masa kita daripada menulis kesemuanya sekali lagi.

Apa kata kita cuba ini. Mula-mula, kita akan mula dengan membuka satu tetingkap baru:

Ini adalah hasil daripada arahan menu tersebut:

Kita dapat perhatikan bahawa tiada apa-apa yang terdapat dalam tetingkap baru ini. Apa yang dimaksudkan di sini ialah fail ini adalah hanya untuk arahan kita: Python tidak akan memasukkan responsnya apabila kita memasukkan program kita, iaitu, tidak sehingga kita mengarahkannya. Saya akan memanggil ini tetingkap “Program”, untuk membezakannya dengan tetingkap pentafsir.

Apa yang kita ingin lakukan sebelum ini adalah menyimpan semua benda yang kita telah cuba di tetingkap pentafsir. Kita boleh melakukan ini dengan menaip (atau memotong-tampal) arahan tersebut ke dalam tetingkap Program.

Ok, kita telah selesai dengan proses memotong-tampal di sini. Satu perkara yang perlu diambil perhatian di sini ialah kita perlu berhati-hati untuk tidak memasukkan penggalak “>>>” bersama kerana ianya bukan sebahagian daripada program tersebut. Pentafsir menggunakan penggalak tersebut untuk memberitahu kita bahawa kita sekarang berada di dalam pentafsir, dan sekarang kita sedang mengadakan proses mengedit di dalam fail yang berasingan, kita akan menyingkirkan ciri-ciri yang diperkenalkan sebagai sesuatu pentafsir.

Sekarang kita akan menyimpan fail tersebut. Arahan ‘simpan’ (Save) terletak di bawah menu File.

 

Sekarang kita telah menyimpan program tersebut, bagaimana pula kita melancarkan program itu? Sekarang kita akan melihat menu-menu yang terdapat pada tetingkap program kita.

Kita akan melihat terdapat satu pilihan menu untuk “Run Script” (Melancarkan Skrip), dan inilah yang kita akan gunakan. Apa yang kita hendak adalah untuk mengarahkan Python meninjau keseluruhan program dan memaparkan hasilnya ke dalam tetingkap pentafsir.

Namun, saya telah mendapati bahawa saya telah melakukan kesilapan menaip: Saya telah menduakan apa yang telah dimasukkan ke dalam tetingkap pentafsir dengan silap. Adakan ini akan mempengaruhi keadaan?

Ooops. Ini adalah merupakan satu contoh di mana Python memanggilnya sebagai “ralat nahu” atau “syntax error”. Python mendapati kita telah melakukan kesilapan ketika menaip, dan kemudian memberikan amaran kepada kita agar melihat dengan teliti kepada program tersebut. Pencipta-pencipta Python berpendapat bahawa dengan adanya sistem yang menunjukkan sesuatu ralat adalah lebih baik daripada meneka apa yang dimaksudkan oleh si pengatur cara. Ini adalah idea menyatakan sesuatu dengan jelas dibandingkan dengan menyatakan sesuatu tanpa menyoal kembali. Terdapat sesetengah peraturan di mana  Python akan mengikuti satu garis panduan di mana sesuatu kelihatan baik dan sesuatu lagi yang kelihatan mencurigakan. Sekiranya kita bertutur dengan bahasa pengaturcaraan ini, kita akan dapat merasakan dan menilai peraturan ini. Ya, peraturan ini juga boleh dikatakan seperti tatabahasa. *senyum*

Python juga sering bertindak mengarahkan kita ke arah sesuatu masalah itu, dan dalam hal ini, ianya memberitahu kita bahawa kita telah lupa untuk meletakkan sesuatu pada penghujung baris ini. Dalam hal ini juga, kita perlu meletakkan tanda pembuka/penutup kata tambahan. Apa kata kita tambahkannya sekarang!

Ok, katakanlah kita telah mengubah kesalahan tersebut. Apa kata kita cuba lancarkan program tersebut semula?

Satu lagi halangan, tetapi bukan sesuatu yang rumit, cuma agak bodoh. Salah satu perkara lain yang mungkin membuatkan kita lupa ialah IDLE mahukan kita untuk menyimpan mana-mana tetingkap Program sebelum kita melancarkannya semula; ini adalah satu keluaran antara muka pengguna yang memastikan kita menyimpan semua kerja sebelum mula melancarkan program.

(Nota:  Komen di atas mungkin telah ketinggalan zaman; kebanyakan orang telah berasa bosan dengan perkara ini dan mereka telah mahukan sesuatu perubahan. Kita perlu berharap agar versi pembinaan IDLE tidak akan memberikan mesej ralat seperti ini lagi.)

Orang sering berkata bahawa kali ketiga akan membawa tuah, oleh itu apa kata kita cuba lancarkannya sekali lagi. Harap-harap ianya akan berjalan dengan lancar kali ini.

Apabila kita ‘bermain’ dengan Python, kita akan mendapati bahawa kita akan sentiasa ‘berubah mod’ dari tetingkap Pentafsir ke tetingkap Program. Tujuan utama ini adalah kerana kita boleh menggunakan Pentafsir sama seperti sebuah makmal yang membolehkan kita menguji program-program kecil. Apabila kita telah berpuas hati dengan keputusan yang diberikan (atau apabila kita telah letih), kita boleh menyimpan apa yang kita telah pelajari ke dalam bentuk fail program.

Ini juga perlu mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan fail tersebut kemudian; adalah merupakan sesuatu perkara yang bodoh sekiranya kita dapat menyimpan sesuatu program, namun tidak dapat mengeluarkannya untuk kegunaan akan datang. Apa kata kita tunjukkan ini, dan berhenti untuk hari. Saya akan menutup semua yang terdapat di dalam IDLE dan bermula dari awal.

Kita akan mencari arahan buka (Open) di bawah menu fail:

sekiranya semua berjalan dengan lancar, kita akan dapat melihat satu tetingkap program yang baru terbuka:

dengan program lama kita. Kita boleh menyimpan kerja lama dan membukanya untuk satu masa akan datang. Ianya bukan sesuatu yang menakjubkan, tetapi ianya adalah penting bagi seseorang yang mahu ‘bermain’ dengan Python sekali lagi untuk satu hari yang lain. *senyum*

Ini adalah sedikit sebanyak yang kami tahu mengenai IDLE yang berkebolehan untuk melakukan pelbagai perkara yang menarik. Panduan ini telah banyak meninggalkan beberapa perkara mengenai IDLE: IDLE adalah sesuatu yang lebih daripada editor, tetapi ianya mengambil masa yang agak lama untuk menyenaraikan semua fiturnya, oleh itu saya akan berhenti di sini buat masa sekarang. Terdapat laman Dokumentasi IDLE yang boleh menerangkan penggunaan IDLE, bagi sesiapa yang mempunyai keinginan dan persoalan. Dan, bagi mereka yang mempunyai pertanyaan, anda boleh sentiasa melawat senarai mel Python Tutor, di sana pasti ada seseorang yang akan boleh membantu anda dengan girang. Menyiapkan tutorial ini adalah menjadi satu pengalaman yang hebat dan saya harap ianya akan membantu!

This article has been translated by Mohd. Fahmi Basar of the _982Studios from the One Day of IDLE Toying and was done by the 9 September 2003.